Wednesday 21 August 2013

Idamkan tubuh badan yang menawan?

Set slimming yang auuuummmm dan mengancam. Mengancam benda? Mengancam segala lemak2 yang dah bermastautin dalam badan sekalian lama. (Nanes lemak2 tu kalau boleh baca ni..:p)

Open house memang event wajib pada hari raya, berebut-rebut orang book tarikh.  Para ibu pun tersenyum lebar sebab boleh tutup dapur. Dengan pelbagai juadah yang mengugat diet, bimbang pulak badan bagai dipam2 lepas raya nanti. 

Issshhhh tak yah pening2 kepala; ♥♥Lecithin dan Alfalfa - Shaklee ♥♥ sedia membantu. Apa yang dua bersaudara ini boleh bantu untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan?

Lecithin
~ pemecah lemak &kolestrol
~ membantu pelangsingan
~ membantu penghadaman
~ meringankan sembelit
~ mencantikkan otot & kulit

Alfalfa Complex
~ menyingkirkan segala toksin dan lemak (detox)
~ mencuci hati, darah dan usus
~ memperbaiki masalah saluran penghadaman

Kesimpulannya pengambilan Lecithin akan membantu memecahkan lemak dan Alfalfa menyambung tugas menyingkirkan lemak-lemak tersebut.

Dengan harga yang memang berbaloi dan tak masuk akal, anda boleh kembali langsing dan sihat. Murah giler!

Sms/ whatsapp 0129070104 jika anda berminat dengan produk ini.

Monday 19 August 2013

Lecithin bukan sekadar untuk kurus

Salah satu produk Shaklee yang sangat laris khususnya buat yang ingin kelihatan kurus dan sihat ialah Lecithin.   Bagaimana Lecithin ini boleh membantu?  Ini adalah kerana Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak. Walaupun begitu terdapat banyak kebaikan dan manfaat yang boleh diperolehi dari pengambilan Lecithin ini dan tidaklah terhad untuk mereka yang ingin kelihatan kurus sahaja.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Lecithin?  Teruskan membaca posting ini....

Sepintas lalu mengenai Lecithin

Lecithin diekstrak secara semulajadi daripada kacang soya organik bukan GMO. Yang mana setiap kapsul gel lembutnya mengandungi 530mg lecithin soya.  Anda boleh mengambil Lecithin Shaklee ini tanpa sebarang keraguan kerana produk ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun bahan pengawet tambahan, menjadikannya sangat selamat untuk diambil.  Lecithin sebenarnya boleh diperolehi dari kuning telur, jagung etc. Walaubagaimana pun kacang soya merupakan satu-satunya sumber Lecithin yang tidak mengandungi kalestrol.

Siapa yang perlu ambil Lecithin Shaklee ini?

♥ Mereka yang mengidamkan bentuk badan yang cantik dan sihat

♡ Mereka yang prihatin akan kecantikan rambut dan kulit 

♥ Warga tua 

♡ Mereka yang menghadapi masalah penghadaman dan sembelit 

♥ Para pelajar

Mengapa Lecithin disasarkan untuk golongan di atas? Jom baca antara kebaikan dan manfaat Lecithin Shaklee ini...

 ●  Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yang lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yang mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

○  Kenapa orang yang nak kurus memilih lecithin?Sebab ia bertindak memecahkan lemak.Ia mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

●  Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan. Tanpa lecithin yang mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan.

○  Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

●  Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

○  Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

●  Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress. - Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin juga dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan

○  Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia

● Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.

○  Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan sistem penghadaman.

●  Lecithin adalah zat untuk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

○  Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

●  Menyerap vitamin yang larut lemak.Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.  

○  Meringankan sembelit -Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

~credit to kak cery~


Sms/whatsapp 0129070104


Testimoni pengguna yang berpuas hati
dengan Lecithin
~Credit to Sis Mai~

Sunday 18 August 2013

Susu ibu ~ anugerah terhebat para ibu

Sungguh mulia kedudukan seorang ibu di sisi Islam. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang menyusukan anaknya.

"Wanita yang beri minum susu  badan kepada anaknya akan dapat ganjaran 1 pahala daripada setiap satu titik susu yang diberikan"

"Wanita yang beri minum susu badan kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa"

"Kalau wanita menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya"

Allahuakbar tidak mahukah kita mengejar ganjaran-ganjaran yang dijanjikan ini??

*************************************
Hampir semua ibu meragui samada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak.  Dan mereka lazimnya mengambil pendekatan mudah dengan memberikan susu formula kerana khuatir bayi tidak kenyang.   Menurut sebilangan pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi. Tetapi sekiranya mereka memahami proses penyusuan yang betul, masalah ini pasti dapat di atasi.  Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah merupakan makanan terbaik untuk bayi.  Ada kaedah-kaedah yang boleh dipratikkan demi mengembalikan kualiti dan kuantiti susu ibu ke tahap yang maksimum;

♥ penyusuan lebih kerap. Lebih banyak bayi mengisap lebih banyak susu akan dihasilkan.  Pastikan anda mengalih penyusuan ke kiri dan kanan.

♡ Jika ibu sedang bekerja atau pada waktu penyusuan bayi sedang tidur, cuba pam susu seberapa banyak yang boleh kerana ia membantu merangsang bekalan susu anda. Simpan susu di dalam peti ais atau penyejuk beku. Ia boleh digunakan pada waktu anda bekerja.

♥ Bertenang dan kawal emosi dengan baik.  Kerana sekiranya badan terasa letih, mengantuk dan tidak bermaya, penghasilan susu ibu juga terbantut.

♡ Rehat yang cukup. Kerana sekiranya badan terasa letih, mengantuk dan tidak bermaya,  penghasilan susu juga boleh terbantut.

♥ Kualiti dan kuantiti susu ibu banyak dipengaruhi oleh kondisi ibu itu sendiri. Sekiranya seorang ibu itu tidak makan makanan yang berkhasiat, secara automatiknya kualiti dan kuantiti susu ibu itu juga turut berkurangan.

Tapi persoalannya bagaimanakah untuk kekal bertenaga,  bersemangat dan ceria sepanjang masa? Sedangkan si ibu perlu berjaga malam di samping masih perlu melaksanakan tugas seharian. Jawapannya ialah dengan pengambilan supplemen.  Perlu ditegaskan bahawa suplemen bukan menambahkan kuantiti susu secara langsung. Tetapi ia membantu agar si ibu kekal bertenaga dan pada tahap emosi yang baik. Bila kondisi ibu sudah berada pada tahap yang tip top ditambah dengan pengamalan kaedah penyusuan yang betul, pastinya susu akan menjadi lebih meriah dan berkualiti. 

Ditambah pula dengan faktor persekitaran yang tercemar dan gaya hidup moden masyarakat dewasa ini, adalah mustahil untuk para ibu mendapatkan sumber vitamin yang secukupnya.   Justeru pengambilan supplemen bagi membekalkan vitamin yang secukupnya adalah satu kemestian.  Vitamin -vitamin yang dimakan oleh si ibu akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.  Maka dengan itu, adalah penting para ibu untuk menilai apa juga yang dimakan bagi memastikan ia memberi manfaat buat si kecil dan bukannya memudaratkan.

Pemberian susu ibu vs susu formula

¤ susu formula - bayi akan kerap mengalami gastroenteritis atau cirit birit

¤ susu ibu - tahap iQ bayi lebih tinggi berbanding yang menyusu susu formula.

¤ susu formula - susu Lembu khususnya mengandungi banyak komposisi yang berbeza dengan susu ibu.  Susu lembu mempunyai protein yang tinggi. Walaubagaimana pun,  proteinnya todk mudah dihadam berbanding susu ibu kerana kandungan casein yang tinggi.

¤ susu ibu - colostrum adalah cecair yang keluar daripada buah dada ibu selepas beberapa hari melahirkan bayi. Ia mengandungi protein yang tinggi dan antibodi untuk meningkatkan ketahanan badan bayi.

¤ susu formula - kandungan sodium dan postat dalam susu Lembu sangat tinggi yang boleh membahayakan buah pinggang si kecil

¤ susu ibu - mengandungi lipid dan protein yang mengubah komposisinya semasa penyusuan.  Perubahan ini mengawal selera minum dan akan memenuhi keperluan makanan serta kehausan bayi tersebut

¤ susu ibu - mengandungi komposisi fatty acid yang sangat menakjubkan. Kehadiran fatty acid ini memberikan perlindungan buat si bayi daripada pelbagai jenis virus.

¤ susu ibu - membina hubungan unik antara anak dan ibu yang membantu mengeratkan lagi kasih sayang.

¤ susu ibu - buat si ibu, dengan menyusukan anak anda, berat badan anda akan terkawal!

Tahniah diucapkan kepada ibu-ibu uang sedar akan kepentingan menyusukan  bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Dengan niat dan displin serta pengambilan supplemen yang betul, InsyaAllah niat murni anda pasti berjaya.  Jangan lupa sentiasa berfikiran positif serta memanjatkan doa pada Ilahi agar dipermudahkan.   Bacalah bismillah serta doa makan setiap kali sebelum menyusukan bayi anda.

"Ya Allah jadikanlah susuku ini makanan halal buat anakku, makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan buat anakku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus menyusukan anakku"

Amin...

Sms / whatsapp 0129070104
Jika anda ingin mengetahui pakej penyusuan Shaklee.

Sunday 4 August 2013

Omega Guard Shaklee

Saya ingin berkongsi artikel mengenai minyak ikan yang disiarkan oleh Kosmo pada 23 September 2012. Minyak ikan terbukti berkesan... sangat sesuai untuk anak-anak yang masih bellajar. Juga orang-orang dewasa yang prihatin tentang kesihatan mereka.


Pilihan saya tentulah Omega Guard Shaklee
Yang terbukti SELAMAT, BERKESAN serta HALAL. Anda ingin ikut jejak langkah saya
memilih Shaklee? Sms/whatsapp saya di 0129070104 atau email kuzie.zuyin@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...