Wednesday 31 July 2013

Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Ini testimoni saya sendiri. .. ;)

Bila umur dah semakin "muda" mulalah segala penyakit datang menjengah.  Macam saya yang ada kecederaan lutut masa zaman persekolahan dulu, bila usia masuk 3 series barulah lutut terasa sakitnya.  Lutut saya kerap berbunyi ketika bergerak dan adakalanya lutut terkunci ("lock knee").  Apabila terkunci sendi lutut memang tidak boleh diluruskan langsung dan berasa sakit.  Serangan memang boleh terjadi dalam apa jua keadaan; ketika berdiri,  tidur mahupun memandu.  Jika serangan terjadi ketiak memandu memanglah seksa dahlah tidak boleh bergerak, terpaksa pulak menahan sehingga sampai ke distinasi.  Alhamdulilah saya diperkenalkan dengan supplemen hebat ini oleh doktor yang merawat saya selepas supplemen pertama tidak membawa apa-apa perubahan. Syukur kini masalah lutut tiada lagi. Saya tidak boleh bayangkan jika tidak berjumpa dengan AJT, saya mungkin tidak mampu untuk bersolat berdiri seperti biasa malah mungkin sudah memakai tongkat. Syukur itu semua tidak berlaku.

Apa itu Advanced Joint Health Tablet ("AJT")

Ia mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang mana dalam satu kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam tempoh 5 hari pengambilannya.  Ramuan yang dirumus secara saintifik ini terbukti secara klinikal mampu untuk:

¤ menggalakkan mobiliti
¤ meningkatkan fleksibiliti
¤ meninhkatkan fungsi sendi
¤ menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang. 

Merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas; zink, kuprum,  manganese dan vitamin C yang setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam menghasilkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat. 

Ciri-ciri penting AJT;

100% bebas kekerang
♥ 100% vegetarian - tidak langsung mengandungi sumber dari haiwan
♥ 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
♥ hanya dua caplets sehari
♥ tiada perasa tiruan, pemanis mahupun pengawet
♥ bebas gluten

Soalan-soalan lazim mengenai AJT

Q: Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
A:Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health

Jika anda berminat bolehlah sms & whatsapp saya di 0129070104 atau email   kuzie.zuyin@gmail.com. 


Monday 29 July 2013

Mengapa perlu minum banyak air?

Bukan hanya bermanfaat sebagai penghilang dahaga, air juga menjaga metabolisme badan.  Air tidak boleh dipisahkan dari kehidupan,  2/3 daripada tubuh berisi cairan dan kerana itulah setiap individu disarankan supaya minum srbanyak 8 gelas atau sekurang - kurangnya 2.5 liter air setiap hari. Air kosong yang cukup akan membuat metabolisme tubuh berfungsi dengan baik sehingga tubuh tidak mudah diserang penyakit, membuat kulit nampak segar dan sentiasa lembap.  Antara kepentingan air kepada tubuh ialah:-

★ sebagai media yang menghantar vitamin dan nutrisi ke seluruh sel dan organ tubuh.  Jika kita kekurangan air, vitamin dan nutrisi yang diambil akan sukar diserap oleh badan. Akibatnya daya tahan tubuh akan menjadi lemah.

☆ mengawal suhu badan. Pengambilan air yang kurang boleh menyebabkan dehidrasi dan kerosakan sel saraf.

★ membantu peredaran oksigen ke seluruh badan.

☆ membantu tubuh bebas bergerak, sendi-sendi tulang bahkan otot tidak akan berfungsi dengan baik jika tidak terdapat pelumas yang dihasilkan air yang membantu melenturkan tubuh kita.

★ membantu membuang racun dari dalam tubuh.

☆ sebagai penyimbang elektronit dalam tubuh untuk membantu mengawal tekanan darah.

★ membantu memelihara jumlah darah dalam tubuh sehingga kita mendapatkan kesimbangan tenaga yang baik.

☆ membantu program diet.   Dengan air yang cukup, proses pembakaran kalori dalam tubuh akan berjalan dengan baik.

★ membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit

Begitu besar peranan air namun sering diabaikan. Marilah kita tanam keazaman untuk sentiasa meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.  Apa pun jenama supplement yang diambil seandainya badan kita kekurangan air ia tidak akan berkesan malahan  boleh menjadi racun dalam badan kita.

Sunday 28 July 2013

Omega Guard Shaklee - satu yang terbaik antara beribu

Anda kerap mendengar minyak ikan namun tidak mwhatsndai apa itu minyak ikan?  Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai minyak ikan terbaik di dunia iaitu Omega Guard Shaklee.   Kenapa ia terbaik? Jom kita semak...

Asid lemak Omega 3 adalah asid lemak yang terpenting.  Walaubagaimana pun, tubuh kita tidak dapat menghasilkannya secara semulajadi dan kita bergantung penuh kepada makanan dan supplement.   Minyak ikan amat kaya dengan Omega 3 yang membantu melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan dapat memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk.  Penemuan penting telah menunjukkan bahawa tubuh kita berfungsi dengan baik sekiranya diet yang diambil mempunyai nisbah asid lemak penting yang seimbang.

Satu kajian tentang masyarakat eksimo dan Japan menunjukkan kadar kematian mereka adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat dunia yang lain. Ini mungkin berpunca dari budaya mereka yang gemar menjadikan ikan sebagai hidangan rutin mereka.

Kelebihan Omega Guard Shaklee berbanding dengan jenama-jenama lain

• Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui kaedah ultratulen farmaseutikal berteknologi tinggi.  Secara ringkasnya bermaksud ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dapat memekatkan asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan semulajadi serta berupaya menyikirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, aresenik dan sebagainya.   Walaupun kaedah ini melibatkan kos yang tinggi, pihak Shaklee tanpa ragu-ragu terus menggunakan kaedah ini demi menghasilkan produk yang berkualiti dan berkesan.  Ini bersesuaian dengan konsep Shaklee iaitu Sentiasa Selamat,  Berkesan dan Mesra Alam.

Jika dibandingkan dengan produk jenama-jenama lain, kebanyakkannya hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengestrak minyak ikan.  Kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak mampu untuk menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. 

• Omega Guard Shaklee diekstra dari sumber ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardine,  mackerel,  herring dan anchovies dan bukanlah dari hati ikan yang berisiko tinggi mengandungi toksik.  Ikan-ikan yang digunakan oleh Shaklee adalah terdiri dari ikan yang tahap merkurinya rendah kerana diambil dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Ini adalah kerana kawasan ini adalah jauh dari pencemaran.  Ikan-ikan dari sumber ini juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi berbanding dari sumber lain. 

• Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan yang paling lengkap di pasaran. Ia mengandungi 7 jenis asid omega 3 yang antaranya ialah EPA, DHA, HPA, ETA dan sebagainya.   Selain itu, Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan

• Satu sajian Omega Guard Shaklee (recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak Omega 3 EPA dan DHA.   Berdasarkan jadual dibawah kandungan EPA dan DHA di dalam Omega Guard Shaklee adalah antara yang tertinggi di pasaran. Bijaklah memilih jenama yang terbaik untuk memperoleh kesihatan yang optima. Pilihan saya tiada yang lain tentunya Omega Guard Shaklee! !!

Berminat dengan produk hebat ini? Sms atau whatsapp saya di 0129070104 atau email kuzie.zuyin@gmail.com


Friday 26 July 2013

Shaklee Chewable Vita C Plus - wajib ada bagi seisi keluarga

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan.  Yang menariknya dewasa ini kaum lelaki juga ada yang obses tentang kecantikan.   Di pasaran terdapat pelbagai ubat-ubatan yang mendakwa berupaya menjadikan kulit cerah, halus berseri tanpa jela. Malangnya kerana terlalu mengidamkan kulit yang cantik ada para pengguna yang memperjudikan kulit mereka dengan memilih produk yang menggunakan bahan terlarang, tiada kelulusan KKM, tidak halal dan sebagainya.  Malah ada yang tanpa memikirkan risikonya mengambil suntikan dari mereka yang tidak bertauliah.

Saat para pencinta kecantikan berlumba-lumba mencuba produk yang tidak diketahui asal usulnya, saya masih teguh memilih Shaklee Chewable Vita C Plus.  Bukan saja terbukti keberkesanannya malahan dijamin selamat dan halal.

Yang menariknya berkenaan produk ini ialah ia dilengkapi dengan Citrus Bioflavaniod untuk membantu  meningkatkan fungsi vitamin C dan bagi mengelakkan pengoksidaan vitamin C dalam badan.   Rasa oren semulajadi yang sedap membuatkan saya tidak mempunyai masalah untuk mengambilnya. Malahan anak-anak saya juga gemar akan rasanya.  Ianya boleh dikunyah dan jika dikunyah air liur akan membantu dalam pemecahan vitamin C. Bagi wanita bekerja yang sibuk seperti saya tiada alasan untuk tidak mengambilnya kerana saya boleh mengambilnya ketika memandu, bekerja mahupun ketika memasak. 

Menurut RDI keperluan vitamin C dalam badan adalah dalam anggaran 60mg-95mg  sehari bergantung pada jantina dan status kesihatan.   Lebihan vitamin C yang tidak diperlukan badan akan dikeluarkan melalui urin dan peluh.  Maka dengan itu,  vitamin C disarankan diambil tiap-tiap hari supaya badan kita tidak kekurangan vitamin C ini.

Manfaat Chewable Vita C Plus

♡ menyokong sistem pertahanan antioksida semulajadi dalam badan
♥ mencantikkan kulit
♡ meningkatkan sistem imun -sesuai diambil ketika demam dan selsema
♥ memperbaiki insomnia
♡ melambatkan penuaan
♥ merangsang penghasilan kolagen
♡ mengekalkan kolestrol sihat
♥ membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi dan mata

Chewable Vita C Plus ini dihasilkan tanpa sebarang perasa, pewarna,  pemanis mahupun pengawet tambahan.

Mulakan langkah bijak anda dengan pengambilan Chewable Vita C Plus ini untuk mendapatkan tubuh & kulit yang sihat.


Anda ingin mencuba produk hebat dengan harga yang berpatutan ini? Sms atau whatsapp saya di 0129070104 atau email kuzie.zuyin@gmail.com

6 Kesilapan Besar Wanita Muda

SEBAGAI PERKONGSIAN BERSAMA

Kekurangan minum air putih

Seharusnya anda sudah mengetahui minum air putih di waktu ini tapi bagi yang tidak mengetahui minum air putih sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari manpu membantu tubuh mengeluarkan racun.

Proses yang berlaku setiap 4 hingga 6 jam sekali ini akan membuang cairan sebanyak 200 hingga 400cc.. Oleh itu tubuh memerlukan lagi air untuk meneruskan proses metabolisme tersebut.  Sekiranya rajin meminum air putih,  proses tersebut pasti tidak akan menjadi masalah.

Menahan buang air kecil

Mungkin ramai antara kita yang sanggup menahan buang air kecil kerana tidak sanggup masuk ke tandas awam.  Menahan buang air kecil boleh menyebabkan jangkitan saliran kencing dan mengganggu fungsi ginjal, lebih-lebih lagi saluran kencing wanita lebih pendek berbanding lelaki.

Lupa bersarapan

Sarapan sebenarnya akan membekalkan tubuh dengan kalori dan kadar gula yang mencukupi.   Perkara ini membantu perjalanan darah ke otak supaya lancar dan kita mampu memberi tumpuan terhadap tugas yang dilakukan.  Sarapan juga akan membantu anda tidak mengambil makanan berlebihan sepanjang hari.

Malas menukar tuala wanita

Semasa kedatangan haid, cairan yang keluar akan menyebabkan kawasan vagina menjadi lembap dan pembuluh darah di dalam rahim dalam keadaan terbuka.   Sementara itu dalam keadaan lembap itu juga kuman dan bacteria mudah membiak.  Oleh itu biasakan mengganti tuala wanita sekurang-kurangnya empat jam sekali.

Kerap memakai kasut tinggi

Kasut yang bertumit tinggi memang membuatkan penampilan lebih anggun namun berhati-hati kerana ia mampu menyebabkan kaki mengalami masalah varises. 

Varises berlaku kerana peredaran darah di bahagian kaki tidak lancar hingga menyebabkan pelebaran  pembuluh darah di kaki.

Tanda varises paling jelas adalah tumbulnya urat-urat hijau di kaki.  Sekiranya anda memang perlu memakai kasut bertumit tinggi sebaiknya naik turunkan posisi telapak kaki satu jan sekali bagi melancaran darah.

Malas mencuci tangan

Cuci tangan dengan sabun dan bilaslah dengan air bersih.   Biasakan mencuci tangan selepas apa jua aktiviti.   Ia adalah cara terbaik mencegah jangkitan kuman dan bakteria.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil 1153

B complex - satu lagi vitamin hebat dari Shaklee

Apakah makanan yang mengandungi  vitamin B?

Antaranya ialah gandum,  daging, susu, telur,  buah-buahan, ikan, gandum, hati dan banyak lagi.  Namun badan kita memerlukan vitamin B yang lengkap yang terdiri dari B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) serta Biotin.

Apa istimewanya B complex Shaklee?

Berbanding dengan b complex lain yang berada di pasaran, kandungan vitamin B lengkap di dalam B complex Shaklee adalah lebih tinggi.  Ia juga dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Boaktif Berpaten.  Untuk huraian ; asid folik merupakan vitamin yang tidak boleh diserap dengan mudah.  Namun untuk mengatasinya Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk membolehkan zat tersebut mudah terurai dalam badan.  Teknologi ini menjadikan B complex Shaklee unik dari lain-lain yang berada di pasaran.  

Siapa yang memerlukan B complex?

♡ Mereka yang terdedah kepada sinaran matahari
♥ Mereka yang terdedah kepada tekanan dan beban kerja
♡ Mereka yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi, migraine
♥ Mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan
♡ Mereka yang prihatin akan kecantikan tubuh badan
♥ Mereka yang obses akan kecantikan dan awet muda
♡ Mereka yang mengandung dan menyusukan anak

Manfaat yang akan anda perolehi dari B complex Shaklee

¤ Mengurangkan tekanan emosi
¤ Mengurangkan keletihan dan kelesuan
¤ Membantu dalam kestabilan saraf
¤ Membantu mencegah anemia
¤ Meningkat kan daya pemikiran
¤ Membina rambut yang sihat
¤ Meredakan alahan
¤ Membantu tumbesaran

Kesan kekurangan Bcomplex

Kekurangan b complex banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak. Walau bagai pun, kekurangannya boleh juga menyebabkan;

■ Kurang konsentrasi dan daya tumpuan
□ Kurang daya ingatan
■ Mudah merasa gemuruh
□ Sering keliru
■ Tekanan perasaan
□ Hilang selera makan
■ Keletihan dan lesu
□ Kecacatan pada bayi yang dilahirkan

Dengan segala manfaat yang b complex Shaklee tawarkan tak sanggup rasanya mengabaikan pengambilannya.   Marilah kita bersama menjalani kehidupan yang lebih sihat, ceria dan yang paling penting dapat menangani tekanan dengan bijak.


Sms @ whatsapp saya laju2 di 0129070104 jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk ini. 

Kepentingan Vitamin

Kepentingan Vitamin

Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian.  Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.

Vitamin A

Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak.  Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara pengelihatan.  Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.

Vitamin B

Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin).  Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan.  Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf.  Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijiran termasuk gandum.

Vitamin C

Antioksidaan yang bermanfaat bagi pertumbuhan  dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat.  Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.  Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

Vitamin D

Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat.  Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah.  Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan.  Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.

Vitamin E

Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat.   Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak.  Vitamin E mudah didapati dalam kekacang,  ubi kentang, gandum dan rumpai laut.

Vitamin K

Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis.   Ini kerana ia dapat membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah.  Vitamin K juga berupaya meningkatkan daya tahanan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser.  Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijiran,  sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.

ARTIKEL INI DITULIS OLEH SUZANA ABU DAUD

'HEALING CRISIS'? Jangan panik!

Mungkin ada di antara kita yang mengalami 'healing crisis' atau proses penyembuhan selepas mengambil makanan tambahan dan berputus asa apabila berhadapan dengan gejala-gejala yang tidak diingini.  Jangan bimbang dan khuatir kerana gejala-gejala ini adalah bersifat sementara sahaja.  Lebih penting di sini ialah memahami apa yang di maksudkan dengan 'healing crisis' dan mengapa ia terjadi.

Apakah 'healing crisis' dan mengapa ia berlaku?

'Healing crisis' ialah reaksi positif badan yang mula berkerja untuk nyah toksin-toksin dalam badan yang telah bermastautin sekian lama.  Ini bukan lah kesan sampingan sebaliknya membuktikan supplement anda berkesan dan memberikan tindakbalas yang positif.  'Healing crisis' bagi setiap individu adalah berlainan. Ada yang mengalami untuk jangka waktu yang pendek ada juga yang memakan masa berminggu.  Malah ada yang bernasib baik tidak mengalami 'healing crisis' langsung. Semuanya bergantung pada tahap toksin dalam badan anda.  Pada yang tidak mengalaminya langsung ini tidaklah bermakna supplement anda tidak bagus atau tidak sesuai buat anda. Tetapi menunjukkan bahawa tahap toksin dalam badan anda tidak serius. 

Antara gejala biasa ketika 'healing crisis' ialah demam, diarhea,  lemah, muntah, sakit kepala, kerap buang air kecil, lapar, mengantuk, mual, jerawat dan sebagainya.   Walaupun gejala-gejala ini boleh menyebabkan ketidakselesaan  anda seharusnya bertenang dan apa yang penting JANGAN BERHENTI  & TERUSKAN MENGAMBIL SUPPLEMENT ANDA!

Berikut adalah di antara gejala-gejala yang selalu berlaku dan penyebabnya.

Krisis penyembuhan~penyebab

★lapar, pening~tekanan darah rendah, anaemia

★tidur bermasalah~sistem saraf lemah

★loya,sembelit, tersedu~sistem hadaman lemah, masalah hati

★kitaran haid berubah, kegatalan alat sulit ~hormon tidak seimbang

★peningkatan rasa sakit pada bahagian yang bermasalah~proses mempercepatkan penyembuhan

★pendarahan hidung ~kemungkinan kurang darah

★perut kembung~sistem penghadaman bermasalah

★sakit kepala~tekanan darah tinggi, menyah toksin

★demam, letih~peningkatan metabolisme, merangsang imunisasi badan

★najis & air kencing berubah warna & bau~Petanda menyah toksin

★ruam,jerawat,kelemumur,kulit gatal~pembersihan,fungsi hati yang lemah

Apa yang perlu anda lakukan?

¤ minum air masak dengan lebih banyak
¤ pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat membekalkan serat yang secukupnya
¤ kurangkan kuantiti vitamin, jika perlu
¤ istiqamah dan jangan berhenti berdoa

Thursday 25 July 2013

Halal ke? Bukankah ini tanggungjawab bersama.

"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
                                    (Al-baqarah 2:168)
Ada yang bertanya mengapa logo halal yang digunakan Shaklee agak pelik dan berlainan sekali dengan logo yang dikeluarkan oleh Jakim.
Jangan bimbang, sebagai orang Islam bukan saja anda malahan saya juga menitikberatkan halal haram sesuatu produk itu.  Memandangkan Shaklee merupakan produk keluaran U.S. maka pengesahan halalnya diperolehi dari pihak berkuasa di sana iaitu Islamic Services of America (I.S.A) dan bukannya dari pihak Jakim. Dan jangan anda risau dan gusar kerana pihak Jakim telah mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh pihak ISA.
Dengan Shaklee anda boleh mengambilnya tanpa was-was dan jangan lupa dengan konsisten untuk mendapatkan keberkesanannya.
Selamat bershaklee!!!!

Selling like pisang goreng panas I tell U!!!

Energizing Soy Protein atau nama manjanya ESP adalah merupakan salah satu produk Shaklee yang terlaris. Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Hebat bukan? Meh kita semak apa lagi kelebihan dan kehebatan produk kesukaan ramai ini.

Daripada Soya non GMO terbaikk wooo
♥ Terdiri dari protin yang lengkap
♥ Awet muda - sangat elok untuk kesihatan kulit
♥ Baik untuk hormon
♥ Baik untuk prostat
♥ Pembekal tenaga
♥ Menyokong sistem imun
♥ Kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39 - sangat sesuai untuk pengidap diabetes
♥ Meningkat kualiti memori

ESP sesuai diambil seisi keluarga dan bagi mendapatkan kesan yang optimum boleh dicampur dengan mealshake dan performance drink. ESP merupakan antara produk yang terlaris, pada saat artikel ini ditulis stok ESP telah habis di hq Shaklee. Jika anda teraju ingin mencuba jangan berlengah lagi kami boleh membuat back order untuk anda. Jangan sampai mengigit jari!!!


Berminat? Anda boleh dapatkannya dengan sms atau whatsapp di 0129070104 atau email kuzie.zuyin@gmail.com

Wednesday 24 July 2013

SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM

Ramai yang agak keliru bila memperkatakan supplemen atau makanan tambahan. Tidak kurang juga yang melabelkannya sama seperti ubat. Menurut Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba. Yang pada biasanya diperbuat daripada bahan makanan, tumbuh-tumbuhan mahupun estrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi harian.

Pada dasarnya makanan tambahan bertujuan untuk memperbaiki dan memelihara kesihatan agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Berbeza dengan ubatan yang biasanya diformulasikan dengan pelbagai jenis dadah. Pengambilan ubat bertujuan untuk merawat penyakit yang mana pengambilan jangka masa panjang boleh memberi impak yang tidak baik terhadap kesihatan. Walaubagaimana pun, pesakit kadang kala tidak mempunyai opsyen lain selain terus mengambil ubat-ubatan. Di sini jelas membuktikan kebenaran pepatah English yang menyebut "Prevention is better than cure" - mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Lambakan jenama makanan tambahan di pasaran yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan menimbulkan pelbagai persoalan kepada pengguna dalam memilih produk yang terbaik. Ramai yang masih kabur tentang apa yang perlu diteliti sebelum membuat sebarang pilihan. Lebih merumitkan apabila disongokkan dengan testimoni-testimoni yang membuatkan pengguna teruja akan keberkesanannya walaupun syarikat pengeluarnya baru setahun jagung di pasaran.

Mengeluarkan produk mungkin tidak sukar tetapi bagi memastikan ianya benar-benar SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM tidaklah semudah yang disangka. Walaubagaimana pun 3 elemen penting ini boleh anda temui di rangkaian produk SHAKLEE. Dengan pengalaman lebih dari 55 tahun di pasaran, keberkesanan produknya memang tidak dapat disangkal lagi. Setiap produk melalui penyelidikan yang menyeluruh serta dikawal ketat kualitinya. Bagi tujuan ini, pihak Shaklee telah membelanjakan berjuta dolar Amerika semata-mata ingin memastikan para pengguna produknya memperoleh manfaat yang maksimum.

Saranan saya sebelum anda mengambil keputusan untuk mengambil sebarang makanan tambahan pastikan 3 elemen penting ini ada. Sayangnya di pasaran pada ketika ini, hanya Shaklee yang menawarkan produk yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Justeru, anda tiada pilihan lain jika anda benar-benar prihatin dengan kesihatan anda - Hanya Shaklee yang berupaya membantu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...