Friday 26 July 2013

Shaklee Chewable Vita C Plus - wajib ada bagi seisi keluarga

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan.  Yang menariknya dewasa ini kaum lelaki juga ada yang obses tentang kecantikan.   Di pasaran terdapat pelbagai ubat-ubatan yang mendakwa berupaya menjadikan kulit cerah, halus berseri tanpa jela. Malangnya kerana terlalu mengidamkan kulit yang cantik ada para pengguna yang memperjudikan kulit mereka dengan memilih produk yang menggunakan bahan terlarang, tiada kelulusan KKM, tidak halal dan sebagainya.  Malah ada yang tanpa memikirkan risikonya mengambil suntikan dari mereka yang tidak bertauliah.

Saat para pencinta kecantikan berlumba-lumba mencuba produk yang tidak diketahui asal usulnya, saya masih teguh memilih Shaklee Chewable Vita C Plus.  Bukan saja terbukti keberkesanannya malahan dijamin selamat dan halal.

Yang menariknya berkenaan produk ini ialah ia dilengkapi dengan Citrus Bioflavaniod untuk membantu  meningkatkan fungsi vitamin C dan bagi mengelakkan pengoksidaan vitamin C dalam badan.   Rasa oren semulajadi yang sedap membuatkan saya tidak mempunyai masalah untuk mengambilnya. Malahan anak-anak saya juga gemar akan rasanya.  Ianya boleh dikunyah dan jika dikunyah air liur akan membantu dalam pemecahan vitamin C. Bagi wanita bekerja yang sibuk seperti saya tiada alasan untuk tidak mengambilnya kerana saya boleh mengambilnya ketika memandu, bekerja mahupun ketika memasak. 

Menurut RDI keperluan vitamin C dalam badan adalah dalam anggaran 60mg-95mg  sehari bergantung pada jantina dan status kesihatan.   Lebihan vitamin C yang tidak diperlukan badan akan dikeluarkan melalui urin dan peluh.  Maka dengan itu,  vitamin C disarankan diambil tiap-tiap hari supaya badan kita tidak kekurangan vitamin C ini.

Manfaat Chewable Vita C Plus

♡ menyokong sistem pertahanan antioksida semulajadi dalam badan
♥ mencantikkan kulit
♡ meningkatkan sistem imun -sesuai diambil ketika demam dan selsema
♥ memperbaiki insomnia
♡ melambatkan penuaan
♥ merangsang penghasilan kolagen
♡ mengekalkan kolestrol sihat
♥ membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi dan mata

Chewable Vita C Plus ini dihasilkan tanpa sebarang perasa, pewarna,  pemanis mahupun pengawet tambahan.

Mulakan langkah bijak anda dengan pengambilan Chewable Vita C Plus ini untuk mendapatkan tubuh & kulit yang sihat.


Anda ingin mencuba produk hebat dengan harga yang berpatutan ini? Sms atau whatsapp saya di 0129070104 atau email kuzie.zuyin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...