Friday 26 July 2013

6 Kesilapan Besar Wanita Muda

SEBAGAI PERKONGSIAN BERSAMA

Kekurangan minum air putih

Seharusnya anda sudah mengetahui minum air putih di waktu ini tapi bagi yang tidak mengetahui minum air putih sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari manpu membantu tubuh mengeluarkan racun.

Proses yang berlaku setiap 4 hingga 6 jam sekali ini akan membuang cairan sebanyak 200 hingga 400cc.. Oleh itu tubuh memerlukan lagi air untuk meneruskan proses metabolisme tersebut.  Sekiranya rajin meminum air putih,  proses tersebut pasti tidak akan menjadi masalah.

Menahan buang air kecil

Mungkin ramai antara kita yang sanggup menahan buang air kecil kerana tidak sanggup masuk ke tandas awam.  Menahan buang air kecil boleh menyebabkan jangkitan saliran kencing dan mengganggu fungsi ginjal, lebih-lebih lagi saluran kencing wanita lebih pendek berbanding lelaki.

Lupa bersarapan

Sarapan sebenarnya akan membekalkan tubuh dengan kalori dan kadar gula yang mencukupi.   Perkara ini membantu perjalanan darah ke otak supaya lancar dan kita mampu memberi tumpuan terhadap tugas yang dilakukan.  Sarapan juga akan membantu anda tidak mengambil makanan berlebihan sepanjang hari.

Malas menukar tuala wanita

Semasa kedatangan haid, cairan yang keluar akan menyebabkan kawasan vagina menjadi lembap dan pembuluh darah di dalam rahim dalam keadaan terbuka.   Sementara itu dalam keadaan lembap itu juga kuman dan bacteria mudah membiak.  Oleh itu biasakan mengganti tuala wanita sekurang-kurangnya empat jam sekali.

Kerap memakai kasut tinggi

Kasut yang bertumit tinggi memang membuatkan penampilan lebih anggun namun berhati-hati kerana ia mampu menyebabkan kaki mengalami masalah varises. 

Varises berlaku kerana peredaran darah di bahagian kaki tidak lancar hingga menyebabkan pelebaran  pembuluh darah di kaki.

Tanda varises paling jelas adalah tumbulnya urat-urat hijau di kaki.  Sekiranya anda memang perlu memakai kasut bertumit tinggi sebaiknya naik turunkan posisi telapak kaki satu jan sekali bagi melancaran darah.

Malas mencuci tangan

Cuci tangan dengan sabun dan bilaslah dengan air bersih.   Biasakan mencuci tangan selepas apa jua aktiviti.   Ia adalah cara terbaik mencegah jangkitan kuman dan bakteria.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil 1153

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...