Sunday 28 July 2013

Omega Guard Shaklee - satu yang terbaik antara beribu

Anda kerap mendengar minyak ikan namun tidak mwhatsndai apa itu minyak ikan?  Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai minyak ikan terbaik di dunia iaitu Omega Guard Shaklee.   Kenapa ia terbaik? Jom kita semak...

Asid lemak Omega 3 adalah asid lemak yang terpenting.  Walaubagaimana pun, tubuh kita tidak dapat menghasilkannya secara semulajadi dan kita bergantung penuh kepada makanan dan supplement.   Minyak ikan amat kaya dengan Omega 3 yang membantu melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan dapat memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk.  Penemuan penting telah menunjukkan bahawa tubuh kita berfungsi dengan baik sekiranya diet yang diambil mempunyai nisbah asid lemak penting yang seimbang.

Satu kajian tentang masyarakat eksimo dan Japan menunjukkan kadar kematian mereka adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat dunia yang lain. Ini mungkin berpunca dari budaya mereka yang gemar menjadikan ikan sebagai hidangan rutin mereka.

Kelebihan Omega Guard Shaklee berbanding dengan jenama-jenama lain

• Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui kaedah ultratulen farmaseutikal berteknologi tinggi.  Secara ringkasnya bermaksud ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dapat memekatkan asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan semulajadi serta berupaya menyikirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, aresenik dan sebagainya.   Walaupun kaedah ini melibatkan kos yang tinggi, pihak Shaklee tanpa ragu-ragu terus menggunakan kaedah ini demi menghasilkan produk yang berkualiti dan berkesan.  Ini bersesuaian dengan konsep Shaklee iaitu Sentiasa Selamat,  Berkesan dan Mesra Alam.

Jika dibandingkan dengan produk jenama-jenama lain, kebanyakkannya hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengestrak minyak ikan.  Kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak mampu untuk menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. 

• Omega Guard Shaklee diekstra dari sumber ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardine,  mackerel,  herring dan anchovies dan bukanlah dari hati ikan yang berisiko tinggi mengandungi toksik.  Ikan-ikan yang digunakan oleh Shaklee adalah terdiri dari ikan yang tahap merkurinya rendah kerana diambil dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Ini adalah kerana kawasan ini adalah jauh dari pencemaran.  Ikan-ikan dari sumber ini juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi berbanding dari sumber lain. 

• Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan yang paling lengkap di pasaran. Ia mengandungi 7 jenis asid omega 3 yang antaranya ialah EPA, DHA, HPA, ETA dan sebagainya.   Selain itu, Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan

• Satu sajian Omega Guard Shaklee (recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak Omega 3 EPA dan DHA.   Berdasarkan jadual dibawah kandungan EPA dan DHA di dalam Omega Guard Shaklee adalah antara yang tertinggi di pasaran. Bijaklah memilih jenama yang terbaik untuk memperoleh kesihatan yang optima. Pilihan saya tiada yang lain tentunya Omega Guard Shaklee! !!

Berminat dengan produk hebat ini? Sms atau whatsapp saya di 0129070104 atau email kuzie.zuyin@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...