Friday 26 July 2013

'HEALING CRISIS'? Jangan panik!

Mungkin ada di antara kita yang mengalami 'healing crisis' atau proses penyembuhan selepas mengambil makanan tambahan dan berputus asa apabila berhadapan dengan gejala-gejala yang tidak diingini.  Jangan bimbang dan khuatir kerana gejala-gejala ini adalah bersifat sementara sahaja.  Lebih penting di sini ialah memahami apa yang di maksudkan dengan 'healing crisis' dan mengapa ia terjadi.

Apakah 'healing crisis' dan mengapa ia berlaku?

'Healing crisis' ialah reaksi positif badan yang mula berkerja untuk nyah toksin-toksin dalam badan yang telah bermastautin sekian lama.  Ini bukan lah kesan sampingan sebaliknya membuktikan supplement anda berkesan dan memberikan tindakbalas yang positif.  'Healing crisis' bagi setiap individu adalah berlainan. Ada yang mengalami untuk jangka waktu yang pendek ada juga yang memakan masa berminggu.  Malah ada yang bernasib baik tidak mengalami 'healing crisis' langsung. Semuanya bergantung pada tahap toksin dalam badan anda.  Pada yang tidak mengalaminya langsung ini tidaklah bermakna supplement anda tidak bagus atau tidak sesuai buat anda. Tetapi menunjukkan bahawa tahap toksin dalam badan anda tidak serius. 

Antara gejala biasa ketika 'healing crisis' ialah demam, diarhea,  lemah, muntah, sakit kepala, kerap buang air kecil, lapar, mengantuk, mual, jerawat dan sebagainya.   Walaupun gejala-gejala ini boleh menyebabkan ketidakselesaan  anda seharusnya bertenang dan apa yang penting JANGAN BERHENTI  & TERUSKAN MENGAMBIL SUPPLEMENT ANDA!

Berikut adalah di antara gejala-gejala yang selalu berlaku dan penyebabnya.

Krisis penyembuhan~penyebab

★lapar, pening~tekanan darah rendah, anaemia

★tidur bermasalah~sistem saraf lemah

★loya,sembelit, tersedu~sistem hadaman lemah, masalah hati

★kitaran haid berubah, kegatalan alat sulit ~hormon tidak seimbang

★peningkatan rasa sakit pada bahagian yang bermasalah~proses mempercepatkan penyembuhan

★pendarahan hidung ~kemungkinan kurang darah

★perut kembung~sistem penghadaman bermasalah

★sakit kepala~tekanan darah tinggi, menyah toksin

★demam, letih~peningkatan metabolisme, merangsang imunisasi badan

★najis & air kencing berubah warna & bau~Petanda menyah toksin

★ruam,jerawat,kelemumur,kulit gatal~pembersihan,fungsi hati yang lemah

Apa yang perlu anda lakukan?

¤ minum air masak dengan lebih banyak
¤ pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat membekalkan serat yang secukupnya
¤ kurangkan kuantiti vitamin, jika perlu
¤ istiqamah dan jangan berhenti berdoa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...