Wednesday 24 July 2013

SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM

Ramai yang agak keliru bila memperkatakan supplemen atau makanan tambahan. Tidak kurang juga yang melabelkannya sama seperti ubat. Menurut Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba. Yang pada biasanya diperbuat daripada bahan makanan, tumbuh-tumbuhan mahupun estrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi harian.

Pada dasarnya makanan tambahan bertujuan untuk memperbaiki dan memelihara kesihatan agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Berbeza dengan ubatan yang biasanya diformulasikan dengan pelbagai jenis dadah. Pengambilan ubat bertujuan untuk merawat penyakit yang mana pengambilan jangka masa panjang boleh memberi impak yang tidak baik terhadap kesihatan. Walaubagaimana pun, pesakit kadang kala tidak mempunyai opsyen lain selain terus mengambil ubat-ubatan. Di sini jelas membuktikan kebenaran pepatah English yang menyebut "Prevention is better than cure" - mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Lambakan jenama makanan tambahan di pasaran yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan menimbulkan pelbagai persoalan kepada pengguna dalam memilih produk yang terbaik. Ramai yang masih kabur tentang apa yang perlu diteliti sebelum membuat sebarang pilihan. Lebih merumitkan apabila disongokkan dengan testimoni-testimoni yang membuatkan pengguna teruja akan keberkesanannya walaupun syarikat pengeluarnya baru setahun jagung di pasaran.

Mengeluarkan produk mungkin tidak sukar tetapi bagi memastikan ianya benar-benar SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM tidaklah semudah yang disangka. Walaubagaimana pun 3 elemen penting ini boleh anda temui di rangkaian produk SHAKLEE. Dengan pengalaman lebih dari 55 tahun di pasaran, keberkesanan produknya memang tidak dapat disangkal lagi. Setiap produk melalui penyelidikan yang menyeluruh serta dikawal ketat kualitinya. Bagi tujuan ini, pihak Shaklee telah membelanjakan berjuta dolar Amerika semata-mata ingin memastikan para pengguna produknya memperoleh manfaat yang maksimum.

Saranan saya sebelum anda mengambil keputusan untuk mengambil sebarang makanan tambahan pastikan 3 elemen penting ini ada. Sayangnya di pasaran pada ketika ini, hanya Shaklee yang menawarkan produk yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Justeru, anda tiada pilihan lain jika anda benar-benar prihatin dengan kesihatan anda - Hanya Shaklee yang berupaya membantu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...