Monday 29 July 2013

Mengapa perlu minum banyak air?

Bukan hanya bermanfaat sebagai penghilang dahaga, air juga menjaga metabolisme badan.  Air tidak boleh dipisahkan dari kehidupan,  2/3 daripada tubuh berisi cairan dan kerana itulah setiap individu disarankan supaya minum srbanyak 8 gelas atau sekurang - kurangnya 2.5 liter air setiap hari. Air kosong yang cukup akan membuat metabolisme tubuh berfungsi dengan baik sehingga tubuh tidak mudah diserang penyakit, membuat kulit nampak segar dan sentiasa lembap.  Antara kepentingan air kepada tubuh ialah:-

★ sebagai media yang menghantar vitamin dan nutrisi ke seluruh sel dan organ tubuh.  Jika kita kekurangan air, vitamin dan nutrisi yang diambil akan sukar diserap oleh badan. Akibatnya daya tahan tubuh akan menjadi lemah.

☆ mengawal suhu badan. Pengambilan air yang kurang boleh menyebabkan dehidrasi dan kerosakan sel saraf.

★ membantu peredaran oksigen ke seluruh badan.

☆ membantu tubuh bebas bergerak, sendi-sendi tulang bahkan otot tidak akan berfungsi dengan baik jika tidak terdapat pelumas yang dihasilkan air yang membantu melenturkan tubuh kita.

★ membantu membuang racun dari dalam tubuh.

☆ sebagai penyimbang elektronit dalam tubuh untuk membantu mengawal tekanan darah.

★ membantu memelihara jumlah darah dalam tubuh sehingga kita mendapatkan kesimbangan tenaga yang baik.

☆ membantu program diet.   Dengan air yang cukup, proses pembakaran kalori dalam tubuh akan berjalan dengan baik.

★ membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit

Begitu besar peranan air namun sering diabaikan. Marilah kita tanam keazaman untuk sentiasa meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.  Apa pun jenama supplement yang diambil seandainya badan kita kekurangan air ia tidak akan berkesan malahan  boleh menjadi racun dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...