Sunday 18 August 2013

Susu ibu ~ anugerah terhebat para ibu

Sungguh mulia kedudukan seorang ibu di sisi Islam. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang menyusukan anaknya.

"Wanita yang beri minum susu  badan kepada anaknya akan dapat ganjaran 1 pahala daripada setiap satu titik susu yang diberikan"

"Wanita yang beri minum susu badan kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa"

"Kalau wanita menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya"

Allahuakbar tidak mahukah kita mengejar ganjaran-ganjaran yang dijanjikan ini??

*************************************
Hampir semua ibu meragui samada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak.  Dan mereka lazimnya mengambil pendekatan mudah dengan memberikan susu formula kerana khuatir bayi tidak kenyang.   Menurut sebilangan pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi. Tetapi sekiranya mereka memahami proses penyusuan yang betul, masalah ini pasti dapat di atasi.  Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah merupakan makanan terbaik untuk bayi.  Ada kaedah-kaedah yang boleh dipratikkan demi mengembalikan kualiti dan kuantiti susu ibu ke tahap yang maksimum;

♥ penyusuan lebih kerap. Lebih banyak bayi mengisap lebih banyak susu akan dihasilkan.  Pastikan anda mengalih penyusuan ke kiri dan kanan.

♡ Jika ibu sedang bekerja atau pada waktu penyusuan bayi sedang tidur, cuba pam susu seberapa banyak yang boleh kerana ia membantu merangsang bekalan susu anda. Simpan susu di dalam peti ais atau penyejuk beku. Ia boleh digunakan pada waktu anda bekerja.

♥ Bertenang dan kawal emosi dengan baik.  Kerana sekiranya badan terasa letih, mengantuk dan tidak bermaya, penghasilan susu ibu juga terbantut.

♡ Rehat yang cukup. Kerana sekiranya badan terasa letih, mengantuk dan tidak bermaya,  penghasilan susu juga boleh terbantut.

♥ Kualiti dan kuantiti susu ibu banyak dipengaruhi oleh kondisi ibu itu sendiri. Sekiranya seorang ibu itu tidak makan makanan yang berkhasiat, secara automatiknya kualiti dan kuantiti susu ibu itu juga turut berkurangan.

Tapi persoalannya bagaimanakah untuk kekal bertenaga,  bersemangat dan ceria sepanjang masa? Sedangkan si ibu perlu berjaga malam di samping masih perlu melaksanakan tugas seharian. Jawapannya ialah dengan pengambilan supplemen.  Perlu ditegaskan bahawa suplemen bukan menambahkan kuantiti susu secara langsung. Tetapi ia membantu agar si ibu kekal bertenaga dan pada tahap emosi yang baik. Bila kondisi ibu sudah berada pada tahap yang tip top ditambah dengan pengamalan kaedah penyusuan yang betul, pastinya susu akan menjadi lebih meriah dan berkualiti. 

Ditambah pula dengan faktor persekitaran yang tercemar dan gaya hidup moden masyarakat dewasa ini, adalah mustahil untuk para ibu mendapatkan sumber vitamin yang secukupnya.   Justeru pengambilan supplemen bagi membekalkan vitamin yang secukupnya adalah satu kemestian.  Vitamin -vitamin yang dimakan oleh si ibu akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.  Maka dengan itu, adalah penting para ibu untuk menilai apa juga yang dimakan bagi memastikan ia memberi manfaat buat si kecil dan bukannya memudaratkan.

Pemberian susu ibu vs susu formula

¤ susu formula - bayi akan kerap mengalami gastroenteritis atau cirit birit

¤ susu ibu - tahap iQ bayi lebih tinggi berbanding yang menyusu susu formula.

¤ susu formula - susu Lembu khususnya mengandungi banyak komposisi yang berbeza dengan susu ibu.  Susu lembu mempunyai protein yang tinggi. Walaubagaimana pun,  proteinnya todk mudah dihadam berbanding susu ibu kerana kandungan casein yang tinggi.

¤ susu ibu - colostrum adalah cecair yang keluar daripada buah dada ibu selepas beberapa hari melahirkan bayi. Ia mengandungi protein yang tinggi dan antibodi untuk meningkatkan ketahanan badan bayi.

¤ susu formula - kandungan sodium dan postat dalam susu Lembu sangat tinggi yang boleh membahayakan buah pinggang si kecil

¤ susu ibu - mengandungi lipid dan protein yang mengubah komposisinya semasa penyusuan.  Perubahan ini mengawal selera minum dan akan memenuhi keperluan makanan serta kehausan bayi tersebut

¤ susu ibu - mengandungi komposisi fatty acid yang sangat menakjubkan. Kehadiran fatty acid ini memberikan perlindungan buat si bayi daripada pelbagai jenis virus.

¤ susu ibu - membina hubungan unik antara anak dan ibu yang membantu mengeratkan lagi kasih sayang.

¤ susu ibu - buat si ibu, dengan menyusukan anak anda, berat badan anda akan terkawal!

Tahniah diucapkan kepada ibu-ibu uang sedar akan kepentingan menyusukan  bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Dengan niat dan displin serta pengambilan supplemen yang betul, InsyaAllah niat murni anda pasti berjaya.  Jangan lupa sentiasa berfikiran positif serta memanjatkan doa pada Ilahi agar dipermudahkan.   Bacalah bismillah serta doa makan setiap kali sebelum menyusukan bayi anda.

"Ya Allah jadikanlah susuku ini makanan halal buat anakku, makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan buat anakku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus menyusukan anakku"

Amin...

Sms / whatsapp 0129070104
Jika anda ingin mengetahui pakej penyusuan Shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...